Khas kepada ibu-ibu menyusukan anak :
Makanan untuk banyakkan susu
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kadangkala mengalami kemeruduman susu dalam ertikata lain susu makin kurang.
* Faktor utama untuk banyakkan susu adalah kerap kosongkan breast tak kiralah sama ada pam (sekerap 3jam sekali) atau directfeeding.
* Lagi kerap kita kosongkan breast lagi banyak susu dapat dihasilkan konsep supply by demand.
>> Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:
# Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan.
Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi.
# Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan.
# Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian.
Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu –
( Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil )
dan
( Semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil )
>> Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
Tinggi dengan protein –
makanan berasaskan kacang soya
(tofu, tauhu, tempe, etc.),
kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik –
sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
Tinggi kalori –
longan kering, kurma.
Tinggi kalsium –
susu.
Tinggi vitamin A dan C -
buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
Yang memanaskan badan –
halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
Yang memperbaiki pengaliran darah –
lobak putih.
Yang mencetuskan hormon gembira –
coklat.
Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
Penyusuan ibu adalah sesuatu yang semulajadi, sebagaimana anak-anak mamalian menyusu dengan ibu masing-masing..
Lebih2 lagi di zaman moden ni, (ramai ibu yang bekerja) penyusuan adalah sesuatu yang mesti dipelajari.
Ibu-ibu hamil boleh mendapatkan ilmu penyusuan dari mereka yang lebih dahulu menyusukan anak dan dari bahan bacaan yang boleh diperolehi di mana2 klinik kesihatan, hospital mahupun buku2 tentang penyusuan ibu yang berlambak di kedai buku.
Usah mudah mengalah jika terkehel di peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.
Semoga info ini dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
In shaa ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan