Isnin, 13 April 2015

Powergold - Powergold - Powergold

Pengenalan sykt - Pengenalan cmpany -
📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢
KELAS PENGENALAN SYARIKAT POWERGOLD.BIZ
📝📝📝

PEJABAT PENGURUSAN DAN LATIHAN POWERGOLD.BIZ
NO 763 LORONG KEMPAS INDAH 24, TAMAN KEMPAS 3
09000 KULIM
KEDAH

PROFILE SYARIKAT
Merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang telah lama berkecimpungan didalam industri perniagaan emas sejak lebih 11 tahun.
Syarikat terlibat dalam menghasilkan produk barangan emas,jualan runcit dan borong juga membeli barangan emas terpakai.
Selari dengan perkembangan dan kenaikan harga emas mendadak sejak 5 tahun kebelakangan ini maka pihak Syarikat merasakan sudah sampai masa untuk membuka peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan keadaan ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan baik secara ONLINE mahupun OFFLINE ( www.powergold.biz)

SYARIKAT AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD (951063-K)
CEO : ENCIK AZRUL
COO: ENCIK TAKIYUDDIN

🔆PRODUK-PRODUK SYARIKAT

▶ EMAS 999 adalah terdiri drpd GOLD BAR (1g,5g,10g,20g,100g,1kg)dan SYILING DINAR (4.25g)

▶EMAS 916 pula adalah brg kemas yg selalu nye digunakan sebagai perhiasan (cincin,gelang,rantai tgn,subang dll.) bg kaum wanita...

🔆Konsep POWERGOLD...??

Ape yg menarik nye tntg powergold ni adalah ia menggalakkan semua lapisan masyarakat utk menyimpan EMAS sekurg2 nye 1g 1bulan dgn harge yg sgt MURAH drpd hrge psrn dan ia juga menawarkan konsep 3in1 iaitu SAVING,TRADING & NETWORKING...

Saving: Membeli & Menyimpan EMAS sekurg2 nye 1g 1bulan...

Trading: Boleh menjadi usahawan EMAS on9@offline secara kecil-kecilan dan insyaallah besar-besaran...

Networking: Membuat rangkaian EMAS kepada sesiapa yg berminat dgn EMAS/kepada sesiapa yg ingin memulakan bisnes EMAS...

🔆ANTARA KELEBIHAN MENJADI RAKAN NIAGA SYARIKAT
• Menjadi pemilik emas dan dapat mempelajari bagaimana menggandakan emas anda.
• Membeli barang kemas pada harga istimewa.
• Menambah pendapatan melalui keuntungan runcit & networking yang sangat lumayan.
• Menjadi “kedai emas” bergerak dengan modal yang paling minima...
• Menjadi rakan kongsi syarikat dan menerima syer dari syarikat setiap hari
• Diberi ilmu untuk memanfaatkan industri emas sebagai pelaburan masa depan..

Dlm POWERGOLD kita tiada paksaan

✅TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB cari ahli

✅TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB kena membuat belian bulanan

✅TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB untuk kita menjual produk

✅TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB untuk hadir ke seminar

✅TIADA YURAN tahunan (kerana keahliaan adalah seumur hidup)

Disini....apa yg kita buat kita tentukan, sebab yang dapat adalah kita.

KONSEP 3in1 POWERGOLD
1⃣....SAVING....KALAU anda berniat untuk join, hanya kerana nak beli emas murah...anda sudah dapat untung, kerana berpeluang membeli emas dgn hrga yg murah dan berpeluang untuk membeli emas dengan hrga lelongan, apabila ia diadakan. Kelebihn apabila anda buat belian, walaupn untuk diri sendri, company tetap bg bonus untuk repurshace.

2⃣....TRADING....KALAU anda berminat untuk menjual barang2 emas. ANDA JUGA SUDAH UNTUNG💥💥💥, kerana anda beli murah, anda jual hrga pasaran. ANDA JUGA DIBERI BONUS repurchase kerana belian anda, walaupn niat untuk dijual semula.

3⃣...NETWORKING...KALAU anda jenis yang suka bercerita dan memang hobi anda SuKa untuk membantu rakan lain diluar sana. ANDA sudah dapat komisen setiap kali rakan anda join keahliaan..DAN jgn lupa jga...setiap ahli anda buat pembeliaan, Anda juga diberi bonus kerana mereka membuat repurchase.

👍😱👉Oleh itu, di Powergold...anda pusing lah ikut mana pun.
ANDA TETAP UNTUNG😱 dr pelbagai sudut....emas ada bertambah dn pendapatan anda dapat.

DUNIA SKG ADALAH DUNIA PERNIAGAAN. Anda Berniaga Anda Berani Untuk Kaya dn Berjaya.

Ahad, 4 Januari 2015

Susu ibu pengikat kasih sayang

KEBAIKAN SUSU IBU MENGIKUT KAJIAN SAINTIFIK.

Semua orang tahu susu ibu mengandungi banyak khasiat dan kebaikan sama ada untuk bayi mahu pun ibu itu sendiri.

Oleh itu anak-anak haruslah menghargai segala jasa dan jerit-perih ibu menghabiskan tempoh susuan untuk kita.Allahmengarah anak2 agar bersyukur kepada Nya dan kedua-dua ibubapa mereka lantaran kejayaan menyempurnakan tugas penyusuan ini.

           Pada pengalamanku, dugaan dan cabaran dalam melaksanakan sesuatu itu aku anggap hikmah dan nikmat hidup. Bak kata seseorang, biar lah ape pun kata orang, dia penat kang diam lah tuuu.. 

Apatah lagi benda yang baik..

Macam2 nAk dikatanya dan dicomplainnye.. Tengok badan kecik je terus mark 'susu xbanyak dan susu xberzat'.. Lantak laaaaaaa.. Yang penting si ibu mesti sangat2 yakin diri. Teruskan berjuang..!!

"Kita yang tahu diri kita dan bayi kita"



Firman Allah dalam surah Luqman ayat 14 mengenai penyusuan :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)..


Terdapat banyak faedah kepada  ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi .Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.


Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.


Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Antara kajian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.


Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun.

Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahunt yang lalu.


Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:

1.Susu ibu merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah t:

2. ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.Tak perlu bangun membancuh mlm2 buta.

3.Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

4.Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. ygmana sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

5.Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. 


Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”.Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan.Ana sertakan disini doa agar memperbanyakkan susu ibu.


6.. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

7. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

9.Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.Anak-anak cepat sembuh dari penyakit.

10. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizikal dan mental anak.

11. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


Aku betul2 bersyukur kerana berjaya menyusukan kedua2 anak2ku sebagaimana berikut:

1.Muhammad Ammar ... 2tahun 1bulan (masih menyusu)

2.Muhammad Al Ameen ... 11bulan (masih menyusu)


Begitulah hebatnya kelebihan yang Allah berikan kepada  wanita yang bergelar IBU.

Lantaran inilah Allah meletakkan ibu 3x dari darjat seorang bapa.Kepada ibu-ibu pula betulkah di telapak kaki kita ada syurga buat anak-anak,fikir-fikirkan lah.

Wallahu’alam bissowab.

  

**mamiaLwa**

Selasa, 30 Disember 2014

Kebolehan @ kemampuan anak 1-2 tahun

Kanak-kanak berumur 18 hingga 24 bulan

A. Kemampuan perkembangan yang harus dicapai anak semasa sebelum berumur 24 bulan.

~ Gerak Kasar : Berjalan mundur sedikitnya 5 langkah
~ Gerak halus : Mencoret-coret dengan alat tulis
~ Bicara, bahas dan kecerdasan : Menyebutkan nama dan menunjuk satu bahagian tubuh dengan benar.
~ Bergaul dan mandiri : Meniru melakukan pekerjaan rumah tangga

B. Stimulasi yang dberikan

~ Melatih anak berjalan jinjit. Ajarilah anak berjalan jinjit (jengket), buatlah agar ia menirunya.
~ Membantu anak belajar melompat. Tunjukkanlah cara melompat dengan kedua kaki diangkat bersamaan. pegangi tangannya ketika ia cuba melompat untuk pertama kalinya
~ Melatih anak berdiri dengan satu kaki. Tunjukkan cara berdiri dengan satu kaki secara bergantian. buatlah agar ia mahu menirukannya. mula-mula peganglah tangannya, kemudian lepaskan. latihlah agar ia boleh melakukannya tanpa kehilangan keseimbangan.
~ Mengajar anak menggambar bentuk sederhana. Ajari anak menggabar garis lurus, bulatan, segitiga, dan sebagainya.
Mengajak anak bermain membuat bentuk sederhana dari lilin/ tanah liat/ adunan kuih. Ajari anak membuat bulatan, segitiga dan lain-lain
~ Mengajar anak memasukkan benda ke lubang yang sesuai. Sediakan bekas yang dibuat lubang-lubang berbentuk segi tiga, segi empat segi lima, bulatan dan sebagainya. Tunjukkan kepada anak cara memasukkan benda berbentuk segi tiga, segi empat, segi lima, bulatan dan sebagainya ke dalam lubang yang sesuai besar dan bentuknya
Bermain dengan anak menyusun potongan gambar. Sediakan karton yang sudah ditempel gambari dari majalah bekas. gunting karton menjadi 3 – 4 potongan. Ajari anak untuk menyusun potongan gambar tersebut menjadi gambar yang utuh seperti semula
~ Melatih anak mengikuti perintah sederhana. Berilah anak suatu perintah sederhana. Buatlah agar ia mahu melakukannya. bila perlu tunjukkan cara mengerjakan perintah tersebut.
~ Melatih anak Menceritakan apa yang dikerjakannya/dilihatnya. Ajaklah anak menceritakan apa yang dialaminya dan dilihatnya. perbaikilah bila ia membuat kesalahan dalam bercerita.
~ Melatih anak mengenakan pakaiannya sendiri. Biasakan anak mengenakan pakaiannya sendiri. Mula-mula bantulah ia bila mengalami kesulitan, kemudian kurangilah bantuan.
~ Melatih anak mengikuti peraturan permainan. Usahakanlah agar anak bermain dengan anak lainnya. Perhatikan apakah ia mengikuti aturan permainan dan mengikuti giliran bermain
~ Melatih anak agar mau ditnggalkan ibunya untuk sementara. Ajaklah anak bermain ke rumah tetangga, kemudian tinggalkannya untuk sementara. buatlah agar ia terbiasa berpisah untuk sementara tanpa menangis atau menjadi gelisah.

Tambahan :

A. Perkembangan Kognitif Anak Usia 1 – 2 Tahun (12 – 24 bulan)

Sewaktu lahir, berat otak anak sekitar 27% berat otak orang dewasa. Pada usia 2 tahun, berat otak anak sudah mencapai 90% dari berat otak orang dewasa (sekitar 1200 gram). Hal ini menunjukkan bahwa pada usia ini, masa perkembangan otak sangat pesat. Pertumbuhan ini memberikan implikasi terhadap kecerdasan anak.

Pada usia 1 – 2 tahun, anak memiliki rasa ingin tahu yang sangat besar. Pada usia ini, anak mengembangkan rasa keingintahuannya melalui beberapa hal berikut ini :

1. Belajar melalui pengamatan/ mengamati. Mulai usia 13 bulan, anak sudah mulai mengamati hal-hal di sekitarnya. Banyak “keajaiban” di sekitarnya mendorong rasa ingin tahu anak. Anak kemudian melakukan hal-hal yang sering dianggap bermain, padahal anak sedang mencari tahu apa yang akan terjadi kemudian setelah anak melakukan suatu hal sebagai pemuas rasa ingin tahunya. Pada usia 19 bulan, anak sudah dapat mengamati lingkungannya lebih detail dan menyedari hal-hal yang tidak semestinya terjadi berdasarkan pengalamannya.

2. Meniru orang tua. Anak belajar dari lingkungan sekitarnya. Sekitar usia 17 bulan, anak sudah mulai mengembangkan kemampuan mengamati menjadi meniru. Hal yang ditirunya adalah hal-hal yang umumnya dilakukan orangtua. Pada usia 19 bulan, anak sudah banyak dapat meniru perilaku orangtua.

3. Belajar konsentrasi. Pada usia 14 bulan, anak sudah mengarahkan daya pikirnya terhadap suatu benda. Hal ini dapat dilihat pada ketekunan anak dengan satu mainan atau satu situasi. Kemampuan anak untuk berkonsentrasi tergantung pada keadaan atau daya tarik berbagai hal yang ada di sekelilingnya. Kemampuan anak untuk berkonsentrasi pada usia ini adalah sekitar 10 menit.

4. Mengenal anggota badan. Pada usia sekitar 15 bulan, anak sudah dapat diajarkan untuk mengucapkan kata-kata. Anak-anak akan merasa sangat senang jika orangtua mengajarkan kata-kata yang bernamakan anggota tubuhnya sambil menunjukkan anggota tubuhnya.

5. Memahami bentuk, kedalaman, ruang dan waktu. Pada tahun kedua, anak sudah memiliki kemampuan untuk memahami berbagai hal. Melalui pengamatannya, anak menemukan adanya bentuk, tinggi atau rendah benda (kedalaman) dan membedakan kesempatan berdasarkan tempat (ruang ) dan waktu. Pemahaman ini mulai tampak pada usia 18 – 24 bulan.

6. Mulai mampu berimajinasi. Kemampuan berimajinasi atau membentuk citra abstrak berkembang mulai usia 18 bulan. Anak sudah mulai menampakkan kemampuan untuk memikirkan benda yang tidak dilihatnya.

7. Mampu berpikir antisipatif. Kemampuan ini mulai tampak pada anak usia 21 – 23 bulan. Anak tidak sekedar mengimajinasikan benda yang tidak ada di hadapannya, lebih jauh lagi dia mulai dapat mengantisipasi dampak yang akan terjadi pada hal yang dilakukannya.

8. Memahami kalimat yang terdiri dari beberapa kata.Pada usia 12 – 17 bulan, anak sudah dapat memahami kalimat yang terdiri atas rangkaian beberapa kata. Selain itu, anak juga sudah dapat mengembangkan komunikasi dengan menggunakan gerakan tubuh, tangisan dan mimik wajah. Pada usia 13 bulan, anak sudah mulai dapat mengucapkan kata-kata sederhana seperti “mama” atau “papa”. Pada usia 17 bulan, umumnya anak sudah dapat mengucapkan kata ganti diri dan merangkainya dengan beberapa kata sederhana dan mengutarakan pesan-pesan seperti: “ Adik mau susu.”

9. Cepat menangkap kata-kata baru. Pada usia 18 – 23 bulan, anak mengalami perkembangan yang pesat dalam mengucapkan kata-kata. Perbendaharaan kata anak-anak pada usia ini mencapai 50 kata. Selain itu, anak sudah mulai sadar bahwa setiap benda memiliki nama sehingga hal ini mendorongnya untuk melancarkan kemampuan bahasanya dan belajar kata-kata baru lebih cepat.

B. Perkembangan Kognitif Anak Usia 2 – 3 Tahun (24 – 36 Bulan)

Kemampuan kognitif anak usia 2 – 3 tahun semakin kompleks. Perkembangan anak usia 2 – 3 tahun ditandai dengan beberapa tahap kemampuan yang dapat dicapai anak, yaitu sebagai berikut :

1. Berpikir simbolik. Anak usia 2 tahunan memiliki kemampuan untuk menggunakan simbol berupa kata-kata, gambaran mental atau aksi yang mewakili sesuatu. Salah satu bentuk lain dari berpikir simbolik adalah fantasi, sesuatu yang dapat digunakan anak ketika bermain. Mendekati usia ketiga, kemampuan anak semakin kompleks, dimana anak sudah mulai menggunakan obyek subtitusi dari benda sesungguhnya. Misalnya anak menyusun bantal- bantal sehingga menyerupai mobil dan dianggapnya sebagai mobil balap.

2. Mengelompokkan, mengurut dan menghitung. Pada tahun ketiganya, anak sudah dapat mengelompokkan mainannya berdasarkan bentuk, misalnya membedakan kelompok mainan mobil-mobilan dengan boneka binatang. Selain mengelompokkan, anak juga mampu menyusun balok sesuai urutan besarnya dan mengetahui perbedaan antara satu dengan beberapa (kemampuan menghitung).

3. Meningkatnya kemampuan mengingat. Kemampuan mengingat anak akan meningkat pada usia 8 bulan hingga 3 tahun. Sekitar usia 2 tahun, anak dapat mengingat kembali kejadian-kejadian menyenangkan yang terjadi beberapa bulan sebelumnya. Mereka juga dapat memahami dan mengingat dua perintah sederhana yang disampaikan bersama-sama. Memasuki usia 2,5 hingga 3 tahun, anak mampu menyebutkan kembali kata-kata yang terdapat pada satu atau dua lagu pengantar tidur.

4. Berkembangnya pemahaman konsep. Ketika mencapai usia 18 bulan, anak memahami waktu untuk pertama kalinya yaitu pemahaman “sebelum” dan “sesudah”. Selanjutnya pemahaman “hari ini”. Pada usia 2,5 tahun, anak mulai memahami pengertian “besok”, disusul dengan “kemarin” dan pengertian hari-hari selama seminggu di usia 3 tahun.

5. Puncak perkembangan bicara dan bahasa. Pada usia sekitar 36 bulan, perbendaharaan kata anak dapat mencapai 1000 kata dengan 80% kata-kata tersebut dapat dipahaminya. Pada usia ini biasanya anak mulai banyak berbicara mengenai orang-orang di sekelilingnya, terutama ayah, ibu dan anggota keluarga lainnya.

~ Sumber : http://tumbuh-kembang-anak.blogspot.com/

Semoga bermanfaat..

**mamiaLwa**

Selasa, 2 Disember 2014

Anak kecil dan hafazan Al-Quran

Salam semua..

Mami nak share dan sedang praktik kan untuk anak-anak mami in shaa ALLAH..

Otak bayi-bayi ni suci sangat tau..
Menyerap bagaikan span..
Alhamdulillah..

Jadi mami akan gunakan daya yang ada untuk melaksanakannya dengan izin ALLAH..

Teknik Mengajar Anak Kecil Hafal Al-Quran

1. Bayi (0-2 tahun)

- Bacakan Al Qur’an dari surat Al-Fatihah
- Tiap hari 4 kali waktu
(pagi, tengahari, petang, malam)
- Tiap 1 waktu – satu surah – diulang 3x
- Setelah hari ke-5 ganti surat An Naas dengan kaedah yang sama
- Tiap 1 waktu surah yg lain-lain diulang 1-2x sehari

2. Diatas 2 tahun

- Metode sama denga teknik pengajaran bayi.
Jika kemampuan mengucapkan kurang, maka tambah waktu menghafalnya, misi dari 5 hari menjadi 7 hari
- Sering dengarkan bacaan

3. Diatas 4 tahun

- Mula mengatur konsentrasi dan waktu untuk menghafal serius
- Ajari muraja’ah sendiri
- Ajari menghafal sendiri
- Selalu dimotivasi supaya semangat selalu terjaga
- Waktu menghafal 3-4x perhari

Kredit –> Ustdz Ahmad Al Hafidz

Allaahummaj’alna fii ahli Qur’an , Allaahumma baarik fi auladina wa dzurriiyatina bil Qur’an, Allaahummarzuqna istiqomah fi tilawatil wa hifzil Qur’an…
wa adhilna fi jannati fi Qur’an…
Aamiin Allaahumma Aamiin

Semoga kita dapat melentur dan membentuk anak-anak kita khasnya ke arah Generasi Al-Quran Di Hati dan Hafiz wal Hafizah.

Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tiada hijab. Mulakan dengan diri kita. Ayuh....

Mudah mudahan in shaa ALLAH..

Perut kecik nafsu mak aiii..

Salam petang..

Selera anak bujang sulung mami niii un'sangka'rable..hahaha..

Mami pula suka laaa cuba2 buat macam2 bagi Ammar makanan yang pelbagai disamping cukup nutrisi dan berkhasiat..

Idea asal from kengkawan bestpreng foreber katenyeeee..Hehehe..

Salah 1 nya adalah :

1. Baked rice vege

Bahan2nya
- nasi
- telur
- ikan bilis sangai yang dikisar
- brokoli
- bunga kobis
- lada benggala
- lobak merah
- daun kucai
- daun sup

Kuantiti
- suka2 hati laaa

Caranya
- gaulkan segalanyaaa
- bakar @ kukus

Selamat mencubaaa..
Sekian..

Kita cuba trying test ujikaji..

Khas kepada ibu-ibu menyusukan anak :
Makanan untuk banyakkan susu

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kadangkala mengalami kemeruduman susu dalam ertikata lain susu makin kurang.

* Faktor utama untuk banyakkan susu adalah kerap kosongkan breast tak kiralah sama ada pam (sekerap 3jam sekali) atau directfeeding.

* Lagi kerap kita kosongkan breast lagi banyak susu dapat dihasilkan konsep supply by demand.

>> Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:

# Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan.
Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi.

# Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan.

# Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian.

Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu –

( Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil )

dan

( Semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil )

>> Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:

Tinggi dengan protein –
makanan berasaskan kacang soya
(tofu, tauhu, tempe, etc.),
kacang hijau, alfalfa dan sebagainya

Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik –
sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.

Tinggi kalori –
longan kering, kurma.

Tinggi kalsium –
susu.

Tinggi vitamin A dan C -
buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.

Yang memanaskan badan –
halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.

Yang memperbaiki pengaliran darah –
lobak putih.

Yang mencetuskan hormon gembira –
coklat.

Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.

Penyusuan ibu adalah sesuatu yang semulajadi, sebagaimana anak-anak mamalian menyusu dengan ibu masing-masing..

Lebih2 lagi di zaman moden ni, (ramai ibu yang bekerja) penyusuan adalah sesuatu yang mesti dipelajari.

Ibu-ibu hamil boleh mendapatkan ilmu penyusuan dari mereka yang lebih dahulu menyusukan anak dan dari bahan bacaan yang boleh diperolehi di mana2 klinik kesihatan, hospital mahupun buku2 tentang penyusuan ibu yang berlambak di kedai buku.

Usah mudah mengalah jika terkehel di peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.

Semoga info ini dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

In shaa ALLAH.

Ahad, 9 November 2014

Anugerah ini untuk Kamu

Salam dan haiii..

Wahai ibunda2 sekalian..
Mami nak kongsi something ni..
Semoga bermanfaat..!!

Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. 

Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. 

Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. 

Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal. 

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. 
Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. 

Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.

 *Smarter fats* 
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. 
DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. 

Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya.
 Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya. 

*Nutrisi* 
Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka.

Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). 
Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga. 

*Kolestrol* 
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol.
 Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. 
‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.

 DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. 
Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain.
 Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. 

Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.  

*Smarter sugars*
 Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. 
Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. 
Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. 

Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. 
Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia.

 Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia.
 Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung. 

 *Perhubungan bijak* 
Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya.
 Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. 

Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. 
Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.

 Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik.
 Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol.
 Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

 Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan 
ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. 

Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu. 

Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. 
Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain. 

 Allahua'lam Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. 

Ini adalah perbezaan yang penting. 
Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
 
Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

 Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. 
Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. 
Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.

Sekadar perkongsian untuk ilmu bersama.
In shaa ALLAH.