Isnin, 13 April 2015

Powergold - Powergold - Powergold

Pengenalan sykt - Pengenalan cmpany -
📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢
KELAS PENGENALAN SYARIKAT POWERGOLD.BIZ
📝📝📝

PEJABAT PENGURUSAN DAN LATIHAN POWERGOLD.BIZ
NO 763 LORONG KEMPAS INDAH 24, TAMAN KEMPAS 3
09000 KULIM
KEDAH

PROFILE SYARIKAT
Merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang telah lama berkecimpungan didalam industri perniagaan emas sejak lebih 11 tahun.
Syarikat terlibat dalam menghasilkan produk barangan emas,jualan runcit dan borong juga membeli barangan emas terpakai.
Selari dengan perkembangan dan kenaikan harga emas mendadak sejak 5 tahun kebelakangan ini maka pihak Syarikat merasakan sudah sampai masa untuk membuka peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan keadaan ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan baik secara ONLINE mahupun OFFLINE ( www.powergold.biz)

SYARIKAT AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD (951063-K)
CEO : ENCIK AZRUL
COO: ENCIK TAKIYUDDIN

🔆PRODUK-PRODUK SYARIKAT

▶ EMAS 999 adalah terdiri drpd GOLD BAR (1g,5g,10g,20g,100g,1kg)dan SYILING DINAR (4.25g)

▶EMAS 916 pula adalah brg kemas yg selalu nye digunakan sebagai perhiasan (cincin,gelang,rantai tgn,subang dll.) bg kaum wanita...

🔆Konsep POWERGOLD...??

Ape yg menarik nye tntg powergold ni adalah ia menggalakkan semua lapisan masyarakat utk menyimpan EMAS sekurg2 nye 1g 1bulan dgn harge yg sgt MURAH drpd hrge psrn dan ia juga menawarkan konsep 3in1 iaitu SAVING,TRADING & NETWORKING...

Saving: Membeli & Menyimpan EMAS sekurg2 nye 1g 1bulan...

Trading: Boleh menjadi usahawan EMAS on9@offline secara kecil-kecilan dan insyaallah besar-besaran...

Networking: Membuat rangkaian EMAS kepada sesiapa yg berminat dgn EMAS/kepada sesiapa yg ingin memulakan bisnes EMAS...

🔆ANTARA KELEBIHAN MENJADI RAKAN NIAGA SYARIKAT
• Menjadi pemilik emas dan dapat mempelajari bagaimana menggandakan emas anda.
• Membeli barang kemas pada harga istimewa.
• Menambah pendapatan melalui keuntungan runcit & networking yang sangat lumayan.
• Menjadi “kedai emas” bergerak dengan modal yang paling minima...
• Menjadi rakan kongsi syarikat dan menerima syer dari syarikat setiap hari
• Diberi ilmu untuk memanfaatkan industri emas sebagai pelaburan masa depan..

Dlm POWERGOLD kita tiada paksaan

✅TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB cari ahli

✅TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB kena membuat belian bulanan

✅TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB untuk kita menjual produk

✅TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB untuk hadir ke seminar

✅TIADA YURAN tahunan (kerana keahliaan adalah seumur hidup)

Disini....apa yg kita buat kita tentukan, sebab yang dapat adalah kita.

KONSEP 3in1 POWERGOLD
1⃣....SAVING....KALAU anda berniat untuk join, hanya kerana nak beli emas murah...anda sudah dapat untung, kerana berpeluang membeli emas dgn hrga yg murah dan berpeluang untuk membeli emas dengan hrga lelongan, apabila ia diadakan. Kelebihn apabila anda buat belian, walaupn untuk diri sendri, company tetap bg bonus untuk repurshace.

2⃣....TRADING....KALAU anda berminat untuk menjual barang2 emas. ANDA JUGA SUDAH UNTUNG💥💥💥, kerana anda beli murah, anda jual hrga pasaran. ANDA JUGA DIBERI BONUS repurchase kerana belian anda, walaupn niat untuk dijual semula.

3⃣...NETWORKING...KALAU anda jenis yang suka bercerita dan memang hobi anda SuKa untuk membantu rakan lain diluar sana. ANDA sudah dapat komisen setiap kali rakan anda join keahliaan..DAN jgn lupa jga...setiap ahli anda buat pembeliaan, Anda juga diberi bonus kerana mereka membuat repurchase.

👍😱👉Oleh itu, di Powergold...anda pusing lah ikut mana pun.
ANDA TETAP UNTUNG😱 dr pelbagai sudut....emas ada bertambah dn pendapatan anda dapat.

DUNIA SKG ADALAH DUNIA PERNIAGAAN. Anda Berniaga Anda Berani Untuk Kaya dn Berjaya.

Ahad, 4 Januari 2015

Susu ibu pengikat kasih sayang

KEBAIKAN SUSU IBU MENGIKUT KAJIAN SAINTIFIK.

Semua orang tahu susu ibu mengandungi banyak khasiat dan kebaikan sama ada untuk bayi mahu pun ibu itu sendiri.

Oleh itu anak-anak haruslah menghargai segala jasa dan jerit-perih ibu menghabiskan tempoh susuan untuk kita.Allahmengarah anak2 agar bersyukur kepada Nya dan kedua-dua ibubapa mereka lantaran kejayaan menyempurnakan tugas penyusuan ini.

           Pada pengalamanku, dugaan dan cabaran dalam melaksanakan sesuatu itu aku anggap hikmah dan nikmat hidup. Bak kata seseorang, biar lah ape pun kata orang, dia penat kang diam lah tuuu.. 

Apatah lagi benda yang baik..

Macam2 nAk dikatanya dan dicomplainnye.. Tengok badan kecik je terus mark 'susu xbanyak dan susu xberzat'.. Lantak laaaaaaa.. Yang penting si ibu mesti sangat2 yakin diri. Teruskan berjuang..!!

"Kita yang tahu diri kita dan bayi kita"



Firman Allah dalam surah Luqman ayat 14 mengenai penyusuan :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)..


Terdapat banyak faedah kepada  ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi .Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.


Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.


Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Antara kajian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.


Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun.

Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahunt yang lalu.


Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:

1.Susu ibu merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah t:

2. ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.Tak perlu bangun membancuh mlm2 buta.

3.Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

4.Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. ygmana sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

5.Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. 


Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”.Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan.Ana sertakan disini doa agar memperbanyakkan susu ibu.


6.. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

7. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

9.Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.Anak-anak cepat sembuh dari penyakit.

10. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizikal dan mental anak.

11. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


Aku betul2 bersyukur kerana berjaya menyusukan kedua2 anak2ku sebagaimana berikut:

1.Muhammad Ammar ... 2tahun 1bulan (masih menyusu)

2.Muhammad Al Ameen ... 11bulan (masih menyusu)


Begitulah hebatnya kelebihan yang Allah berikan kepada  wanita yang bergelar IBU.

Lantaran inilah Allah meletakkan ibu 3x dari darjat seorang bapa.Kepada ibu-ibu pula betulkah di telapak kaki kita ada syurga buat anak-anak,fikir-fikirkan lah.

Wallahu’alam bissowab.

  

**mamiaLwa**